Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Selamat hari Isnin. Selamat memulakan kerja. Nampaknya kerja hari ini dimulakan dengan keadaan yang tiba-tiba sahaja selsema.
Sebenarnya bila nak buat laksam, bagus jika kita ada resepi yang tepat supaya kita tak perlu mengubah apa-apa dalam adunan. Kadang-kadang ia terlembik, kadang-kadang terkeras. dan jika ini berlaku kita akan bazirkan 2 3 keping sebelum dapat yang betul-betul puas hati. Untuk satu resepi yang pernah saya kongsikan sebelum ini boleh klik di sini
Sebenarnya bila nak buat laksam, bagus jika kita ada resepi yang tepat supaya kita tak perlu mengubah apa-apa dalam adunan. Kadang-kadang ia terlembik, kadang-kadang terkeras. dan jika ini berlaku kita akan bazirkan 2 3 keping sebelum dapat yang betul-betul puas hati. Untuk satu resepi yang pernah saya kongsikan sebelum ini boleh klik di sini
Jadi di sini sanya ingin nak kongsi satu lagi resepi menghasilkan laksam. Tang kuahnya tak perlulah, yang itu boleh disediakan sendiri. Selalunya saya hanya guna santan, ikan rebus, bawang putih, lada hitam dan asam keping.
Saya dapat resepi ini daripada teman serumah. Dah dua kali saya buat, memang hasilnya sangat memuaskan. Pertama kali buat terus menjadi. Kata beliau, ini adalah resepi emaknya yang sebelum ini menjual laksam di kampung. Satu lagi petua yang dikongsi, sekiranya kita buat laksam tu malam dan mahu dimakan keesokannya, sebaik sahaja tutup periuk diangkat dari kukusan, kita letakkan secara tegak (berdiri) bagi membolehkan air yang tertinggal di atasnya terkeluar. Bila dah agak suam barulah digulung dan elakkan menyentuh dengan tangan.
Tengok sajalah hasil di atas tu. Saya buat di kampung, jadi gambarnya adalah melalui telefon sahaja. Daripada sukatan yang disediakan tu, boleh la diejas dengan berapa besar bekas yang diguna. Jadi sape-sape yang nak cuba try tu silakanlah... Resepinya seperti di bawah.
Kalau makan laksam, cuba masukkan sedikit belacan...sedappppp!!
RESEPI LAKSAM
Resepi : Cik Rosliha Halim
Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
5 cawan air
2 sudu besar (mumbung) tepung gandum
4 sudu besar minyak masak saya tambah
Cara membuatnya :
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar
Kacau hingga sebati dan tepung tidak berketul
Tapis
Bolehlah mula melapis
Pastikan air dalam kukusan telah menggelegak semasa proses mengukus laksam
Untuk memastikan laksam tidak melekat, boleh panaskan dulu tutup periuk / bekas di dalam kukusan sebelum dituangkan dengan adunan
0 komentar:
Posting Komentar