Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat ayam kampung.Setelah lama menyepi daripada memberi info-info terkini, pada bulan ini saya ingin berkongsi tentang perkembangan ayam kampung saya selepas mendirikan kurungan pada kawasan farm saya bermulai Julai yang lepas.Saya mendapati pembiakan dan pembesaran ayam-ayam kampung saya amat menggalakkan apabila kaedah yang digunakan ini dan penjadualan pemberian vitamin serta ubat-ubatan dapat mengurangkan kadar kematian.Ayam-ayam semakin sihat dengan bulu-bulu yang berkilat dan aktif. Usaha yang giat dan tanpa jemu, membuahkan hasil berbanding sebelum ini membuatkan saya tak henti-henti melayan karenah ayam-ayam kampung ini.Atas nasihat dan bantuan kawan-kawan seperjuangan juga memberi input yang berkesan sehingga saya merasakan untuk mendirikan lagi beberapa kurungan untuk anak-anak ayam yang masih kecil yang tidak beberapa kuat antibodinya terutama musim hujan ini.Semoga Allah SWT merahmati usaha saya ini untuk membantu orang di sekeliling.Saya mesti kaya dan berjaya.Anda bagaimana pula :-)
Continue reading Ayam Kampung Semakin Membiak
Tampilkan postingan dengan label Ayam Kampung. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ayam Kampung. Tampilkan semua postingan
Selasa, 06 November 2012
Jumat, 26 Oktober 2012
Ayam Organik
Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak untuk mendapatkan telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl). Sejak dahulu lagi Ayam Kampung sinonim dengan sebutan Ayam Kampong. Ada juga yang menggelarkan Ayam Kampung sebagai Ayam Organik atau Ayam Kampung Organik. Secara umumnya Ayam Kampong atau Ayam Kampung dipelihara secara lepas. Ia boleh bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit. Ayam merupakan haiwan maserba atau juga dikenali sebagai omnivor merujuk kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Sebaliknya Ayam Organik pula diberi makanan yang diproses khas daripada herba-herba terpilih seperti halia, habatussauda, dan kunyit untuk dijadikan makanan ayam.
Continue reading Ayam Organik
Senin, 18 Juni 2012
Anak Ayam Kampung Berhama Berisiko
Suatu hari saya terdengar bunyi anak ayam kampung riuh di dalam reban lalu saya bergegas ke dalam reban melihat sejumlah anak-anak ayam kampung bersama-sama dengan ibunya telah turun ke tanah.Ini menunjukkan anak-anak ayam kampung ini telah lama menetas dan sudah tidak tahan untuk menerima makanan daripada ibunya.Saya pula memeriksa sarang ayam kampung tersebut mana tahu kalau ada anak ayam tertinggal.Betul juga telahan saya apabila ada seekor lagi anak ayam kampung baru menetas yang masih basah lagi bulunya.Saya terfikir dan mengambil anak ayam kampung tersebut,ternyata banyak sungguh hama diseluruh badannya. Bagi saya memang tiada harapan untuk ayam ini kerana hama ini suka menhisap darah yang boleh mengakibatkan kematian atau badan menjadi kurus.Oleh kerana kesian pada anak ayam kampung tersebut terpaksa saya bersihkan badannya dan jemurkannya di bawah sinar matahari pagi sehingga tiada lagi hama yang berkeliaran.Oleh kerana tidak tahu di mana mahu meletakkan anak ayam kampung ini,saya meletakkan anak ayam yang baru menetas itu ke dalam brooder bersama-sama anak-anak ayam yang lain.Dari masa ke masa saya memerhatikan anak ayam berhama itu agak kurus dan kurang aktif berbanding anak-anak ayam yang lain.Lama kelamaan anak ayam berhama itu tidak lagi seaktif anak-anak ayam kampung lain di dalam brooder itu dan kurang makan.Sehingga satu hari itu anak ayam berhama itu tidak bernyawa lagi tetapi yang tinggal anak ayam yang lain. Beberapa hari kemudian,saya pergi ke brooder tersebut saya berasa tidak selesa dan gatal selalu.Rupa-rupanya brooder yang pernah diduduki oleh anak ayam berhama yang baru menetas itu telah meninggalkan sejuta hama dalam brooder itu.Berpasir saya tengok pada penutup brooder itu.Dengan tidak membuang masa saya telah mengalihkan anak-anak ayam yang sihat ke brooder yang baru.Tidak pernah saya melihat keadaan yang kebiasaannya brooder yang bebas dari serangga telah memenuhi yang berisiko pada anak-anak ayam dan juga pada manusia.Oleh yang demikian kepada sesiapa yang mengalami kejadian sebegini anggaplah anak ayam berhama perlu diskrapkan jika buat pengasingan daripada ibunya.Terpulanglah pada kemahiran masing-masing.Mungkin ini adalah jalan yang terbaik. Langkah pencegahan hama perlu dilakukan dengan menyembur racun hama pada sarang tersebut dan buat pembersihan pada sarang tersebut.Agaknya anak-anak ayam kampung itu turun ke tanah kerana tak boleh tahan dengan serangan hama itu.Wallahualam. 
Continue reading Anak Ayam Kampung Berhama Berisiko

Minggu, 17 Juni 2012
Terpaksa Memulakan Stok Ayam Kampung Yang Baru
Belum sampai bulan Ramadhan dan Syawal bulan yang menjadi permintaan yang tinggi ayam kampung muda di dalam reban saya telah habis dijual atas permintaan pelanggan.Saya pun tidak menjangka perkara ini berlaku.Hanya yang tinggal sekarang hanyalah ayam kampung yang masih saiz kecil lagi dalam usia 2 hingga 4 bulan.Jikalau ada pun kawanan ayam kampung yang tinggal di atas pokok rambutan. Itu yang telah terjual tetapi pelanggan yang meminta jumlah ayam kampung yang banyak terpaksa saya tolak.Oleh yang demikian saya terpaksa membuat semula ayam kampung saya dengan kuantiti yang banyak mengikut permintaan yang sebelum ini. Kepada yang sesiapa yang saya tidak dapat menunaikan permintaan mereka,saya memohon jutaan maaf atas kesilapan teknikal ini.Mungkin akan datang kita boleh bertemu semula.See More 
Continue reading Terpaksa Memulakan Stok Ayam Kampung Yang Baru

Selasa, 20 September 2011
Sulftrim minuman ayam kampung
Ayam adalah haiwan yang mudah dijangkiti penyakit berbanding haiwan-haiwan lain.Ayam mudah dijangkiti penyakit lebih-lebih lagi ia kurang mendapatkan zat-zat atau memakan tumbuh-tumbuhan semulajadi di luar dari reban.Ayam memerlukan agen-agen penghantaran atau pengangkutan tambahan dalam badan bagi mengagihkan zat-zat seperti vitamin,oksigen dan ubat-ubat antibodi untuk melawan penyakit yang kita tidak nampak pada matakasar berbanding manusia, serba serbi lengkap.Adakalanya bukan semua penjual makanan atau ubat-ubat arif tentang ternakan kita. Mereka cuma kata brand ini bagus.Peniaga lain kata brand ini lagi bagus.
Kadang-kadang peniaga hanya mengatakan brand ubat minuman ini adalah yang terbaik masa kan harganya mahal. Apabila saya cuba masih tidak berhasil. Yang paling penting adalah jenis kandungan yang sesuai bagi masalah penyakit yang berlaku pada ayam melalui faktor simptom pada ayam kampung itu. Perkara ini kita kena lah rujuk pada pegawai verterinar atau orang yang lama pelihara ayam kampung. Nak ikut cara tradisional pun boleh juga kadang-kadang agak rumit sikit.
Oleh itu saya telah mendapat nasihat supaya menggunakan ubat minuman ayam mengandungi sulfat yang menjadi agen penghantaran atau pengangkutan zat-zat dalam sistem badan ayam. Ketika itu simptom-simptom penyakit masih kelihatan walaupun dah beri ND, saya melihat ada perubahan pada ayam saya selepas memberi ubat minuman tersebut.

Kamis, 15 September 2011
Herba untuk ayam kampung
Sejak kebelankangan ini anak ayam kampung saya menunjukkan simptom atau tanda-tanda tidak segar dan tidak bermaya.Keadaan ini mula merisaukan saya kerana takut jika perkara lama berulang kembali iaitu kematian secara mengejut dan mendadak.Saya mula merasa hairan kenapa perkara ini berlaku kerana pada peringkat awal saya telah memberi vaksin Newcastle Disease (ND) tetapi simptom mencungap dan banyak tidur.
Dengan tidak melengahkan masa saya telah menghubungi pegawai veterinar Alor Gajah En Jaafar untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada beliau.Dengan segera beliau telah datang ke reban saya untuk melihat keadaan yang telah berlaku.Beliau menyatakan anak-anak ayam ini terkena penyakit puru iaitu bengkak-bengkak kecil pada muka yang awalnya saya menganggap ia adalah gigitan nyamuk.Ayam ini kekurangan zat makanan lalu mencadangkan sebelum anak-anak ayam kampung ini hendak turun tanah perlulah diberikan vitamin selama seminggu sebelum diturunkan.Reban didik pula hendaklah menghadap terbit matahari supaya mendapat khasiat.
En Jaafar mengatakan kadang-kadang jika kita memberi vitamin dalam bentuk minum belum tentu cukup bertahan untuk penyakit lain.Oleh itu ayam-ayam kampung perlulah diberikan tumbuh-tumbuhan dari luar reban yang merupakan herba bagi ayam-ayam kampung ini.
Ayam-ayam kampung tahu tumbuh-tumbuhan ini memberi khasiat kepada kesihatan ia tanpa kita mengetahui penyakit apa yang bakal mereka akan dapat.See more

Continue reading Herba untuk ayam kampung
Dengan tidak melengahkan masa saya telah menghubungi pegawai veterinar Alor Gajah En Jaafar untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada beliau.Dengan segera beliau telah datang ke reban saya untuk melihat keadaan yang telah berlaku.Beliau menyatakan anak-anak ayam ini terkena penyakit puru iaitu bengkak-bengkak kecil pada muka yang awalnya saya menganggap ia adalah gigitan nyamuk.Ayam ini kekurangan zat makanan lalu mencadangkan sebelum anak-anak ayam kampung ini hendak turun tanah perlulah diberikan vitamin selama seminggu sebelum diturunkan.Reban didik pula hendaklah menghadap terbit matahari supaya mendapat khasiat.
En Jaafar mengatakan kadang-kadang jika kita memberi vitamin dalam bentuk minum belum tentu cukup bertahan untuk penyakit lain.Oleh itu ayam-ayam kampung perlulah diberikan tumbuh-tumbuhan dari luar reban yang merupakan herba bagi ayam-ayam kampung ini.
Ayam-ayam kampung tahu tumbuh-tumbuhan ini memberi khasiat kepada kesihatan ia tanpa kita mengetahui penyakit apa yang bakal mereka akan dapat.See more

