Tampilkan postingan dengan label Kitchen ToolS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kitchen ToolS. Tampilkan semua postingan

Selasa, 30 Oktober 2012

Tefal 5 Beradik

 
 
N3 selapas raya. Lama sungguh bercuti, sampai kekok jugak nak bercerita. Hujung2 tahun ni memang ke laut gitulah, nak buat apa-apa pun malas, tambah2 pulak dengan broadband yang semakin menyakitkan hati.  Tapi takpelah make it slowly.  
 
Cane, cantik tak tools baru cheq sue ni? Menambahkan koleksi TEFAL, kali ni pun sama, beli dari UK, kalau ada yang nak lihat bolehla tengok di link ni.
 

 
Dalam set 5 beradik yang cheq sue beli ni ada 1x24 cm Frying pan, 1x20 cm Frying pan, 1x20 cm Sauce pan with Lid - Capacity 2.7 Litre, 1x18 cm Sauce pan with Lid - Capacity 2.0 Litre dan
1x16 cm Sauce pan with Lid - Capacity 1.4 litre
 
Sekali fikir memang agak ralat nak keluarkan duit 3 angka untuk beli set ni tapi bila dah beli, tengok memang puas hati. Takpelah spend duit sikit, daripada duit hilang tapi tak ada apa....
 

 
Oklah, sampai jumpa lagi. Wassalam...

Stylish Thankyou
Continue reading Tefal 5 Beradik

Sabtu, 23 Juni 2012

Berpeluh Jugak Nak Dapatkan Ni....



 
 
Perghhh... lama sungguh dok pk sebelum decide nak beli benda alah ni. Jangan main-main, beli dari UK, agak murah sedikit berbanding harga di Malaysia. Ceritanya begini... ada seorang kawan mengoder pan TEFAL, jadi terberkenan pulak dengan benda ni so cheq sue oder la bersama member sebaking di sekolah tu CHEQ DA. Sebagai seorang yang sangat addict dengan kek dan baking, ini adalah satu gajet yang harus dimiliki. Walaupun tidak menerima tempahan beriya-iya tapi ini adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan.
 




 
Sebelum ni pun memang guna hand whisker biasa tu aje nak buat kek. Dah lama jugak ianya berjasa. Dah lupa tahun bila beli tapi sampai sekarang alhamdulillah tak pernah bagi masalah. Cuma kadang2 tengah guna tu ada rasa renjatan elektrik jugak. Kalau dah lama2 sangat ada bau-bau hangit gitu. Kadang2 ada jugak bunyi2 asing macam gaya nak tercabut pemukulnya. Jadi dek kerana itulah cheq sue pejam dua belah mata untuk membeli KENWOOD Kitchen Machine Prospero Compact 4.3L ni. Barang empat angka beb, berpeluh jugak tau. Takpelah walaupun ada orang kata... "MAKAN JELAH MESIN TU" bila cheq sue nak pi korek duit di Tabung Haji sebab gaji dah abes... Huh...





 
Rupa-rupanya mixer ni didatangkan sekali dengan food processor dan blender, di samping pemerah jus dan 3 disc FP. Wahhhh...ini dah bagus, sebab food processor tu dok dalam wish list cheq sue. Jadi dah tak payah beli dah. Tu yang untung. Hi hi hi... Cumanya oleh sebab semua dalam bahasa omputeh, kena la cheq sue study dulu cara-cara pengoperasiannya. Entah tempahan siapa yang akan merasmikan mixer ni. Tambah2 pulak sekarang sibuk sikit, mampu jeling2 ajelah dulu.
 




 
Selain daripada tu jugak, diberinya sekali buku resepi step by step buat kek. Sempat jugak dibelek-belek. Memang bagus jugak bukunya walaupun kebanyakan kek menggunakan brandy @ wine. Takpe, nanti bila ada masa boleh dicuba dan dikongsi bersama. Jangan risau, pasti hasil yang dibuat tu nanti adalah HALAL.... ^_^

Oklah, selamat berhujung minggu... Wassalam


Stylish Thankyou
Continue reading Berpeluh Jugak Nak Dapatkan Ni....