Tampilkan postingan dengan label FOOD. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label FOOD. Tampilkan semua postingan

Kamis, 15 November 2012

, ,

Sayur : Baik Masak atau Mentah?

Sayur merupakan makanan terpenting dalam memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang. Untuk diet juga sayur adalah elemen wajib yang perlu diambil bagi menjamin mineral dan nutrien yang cukup dalam badan. Namun banyak mitos,fakta dan kajian mengatakan sayur perlu mentah untuk mengelakkan daripada khasiatnya musnah. Menurut pakar pemakanan Dr Oz, khasiat sayur musnah bergantung kepada cara masakan dan juga proses penyimpanannya. Tak semestinya sayur yang mentah lebih baik daripada di masak. Dan juga yang masak lebih baik daripada mentah. Berikut merupakan fakta mengenai sayur yang elok dimakan mentah ataupun dimasak.

Brokoli - mentah
Sememangnya brokoli dan kobis bunga adalah sayur yang selalunya dimasak namun di dalamnya terdapat enzim myrosinase. Myrosinase membantu melawan kanser perut dan juga ulser. Masak boleh memusnahkan enzim tersebut.

Cili Merah - mentah
Kaya dengan vitamin C. Masak boleh mengakibatkan vitamin C terurai dan musnah dalam masakan.

Tomato - masak
Mengandungi lycopene yang merupakan antioksida. Kajian menunjukkan molekulnya berubah bentuk menjadi lebih berguna apabila dikenakan haba dan ia seeloknya dimasak untuk memudahkan lycopene diserap ke dalam badan.

Bawang - masak
Mengandungi quercetin yang membantu mencegah radang. Ia sangat kaya dalam bawang merah dan kuning berbanding putih. Masak selama 5 minit ke atas boleh mengakibatkan khasiatnya hilang.

Lobak - masak dan mentah
Untuk mengelakkan polyphenol - antioksida melawan kanser dan vitamin C terurai atau musnah ia elok dimakan mentah atau ;
Untuk menambahkan pengeluaran Beta Carotena - antioksida yang membantu penyerapan vitamin A (vitamin yang elok untuk mata dan juga penting dalam tumbesaran) seeloknya dimasak.

Teknik masakan terbaik untuk sayur
Kukus Segera
Teknik ini dapat mengekalkan beberapa vitamin contohnya vitamin B dan C yang sememangya mudah larut dan terurai dalam air dan juga vitamin A yang senang terurai dalam minyak. Teknik masakan juga amat penting dalam memastikan pengekalan khasiat kerana amat rugi jika kita tidak mendapat manfaat daripada sayur tersebut hanya kerana kita terlebih masak.

Sumber : Doctor OZ dan livestrong
Continue reading Sayur : Baik Masak atau Mentah?

Sabtu, 10 November 2012

, , ,

Minum Pepsilah Kalau Nak Kurus



Air berkarbonat Pepsi sememangnya amat popular di seluruh pelusuk dunia. Namun mampukah jenama minuman ringan ini menarik hati golongan obesiti untuk memilih Pepsi sebagai jenama nombor satu mereka. Kalau difikirkan berkali-kali tak mungkin minuman yang kaya dengan gula ini tersenarai sebagai minuman harian untuk mereka.

Kalaulah ya mungkin mereka sangat berani untuk menempah keperitan yang bakal mereka hadapi 10 tahun lagi. Namun semua itu tidak perlu digusari lagi kerana Pepsi sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik ini. Untuk mengelakan mereka daripada kempunan maka Pepsi memperkenalkan satu lagi produk baru yang dipanggil Pepsi Special. Pepsi Special merupakan minuman fat-blocking ataupun halang lemak daripada terhasil. Walaupun begitu Pepsi masih tidak mengumumkan berapa kalori yang terkandung dalamnya. Minuman yang kaya dengan serat dextrin ini bukan sahaja mampu memberi kekenyangan malah mengurangkan tenaga yang diserap melalui makanan yang diambil daripada bertukar menjadi lemak. Pepsi Special bakal dilancarkan pada 13 November ini di Jepun. Apapun harap ia bakal memberi kesan positif kepada peminum bukan negatif. Kalau asyik minum Pepsi tapi tak bersenam tak guna jugak. Fikir-fikirkan.
Pepsi Special
Khas bagi yang nak berdiet


 Credit :
Google
Continue reading Minum Pepsilah Kalau Nak Kurus

Jumat, 09 November 2012

, ,

5 Cara Mudah Hilangkan Sedu

Bagaimana nak hilangkan sedu dengan mudah? Mydecrescendo hari ini ingin berkongsi tentang 5 cara paling senang ubati sedu.

1.Makan sepotong lemon yang disaluti gula atau lebih baik ditambah dengan sos worcestershire 
2.Tarik nafas dalam-dalam dan tahan selama mana yang boleh
3.Minum air suam yang dicampur madu. Semasa minum tahan air tadi dengan  belakang lidah kemudian     telan
.
4.Minum air sejuk secara 'one shot' ataupun minum dengan cepat.
5.Hembus dan tarik nafas menggunakan beg kertas atau plastik


Selamat mencuba!

Credit
Google
RD Asia
Continue reading 5 Cara Mudah Hilangkan Sedu

Sabtu, 03 November 2012

, ,

Kisah Benar : Tongkol mengganas 12 jam tanpa air


 

Kisah ini benar-benar berlaku di negara matahari terbit tak lain tak bukan iaitu negara Jepun. Menurut nelayan Jepun ikan tongkol (mackerel) atau lebih dikenali aya yang ditangkap itu tidak mati walaupun dibiarkan tanpa air berjam-berjam lamanya.Persoalannya mengapakah ianya terjadi??Dan kenapa ianya hanya berlaku di negara tertentu dan bukan di Malaysia???Lebih menghairankan ialah bagaimanakah fenomena ini menular di negara tersebut??Soalan demi soalan timbul di buah fikiran tentang punca dan titik tolak kepada insiden ini. Mydecrescendo hari ini ingin membongkar bagaimanakah ini boleh berlaku. 

Kaimin Katsugyo atau lebih dikenali sebagai akupuntur ikan adalah jawapan bagi persoalan yang timbul di kotak fikiran anda.Kaimin yang membawa maksud tidur nyenyak dan Katsugyo - ikan hidup adalah sejenis teknik unik yang dilakukan oleh masyarakat nelayan Jepun malah di Korea untuk membawa ikan dari laut ke pasar dalam keadaan masih hidup.
Akupuntur yang diasaskan dari tamadun China ini merupakan teknik yang sangat cekap serta ekonomikal kerana mudah dan cepat.Hanya menggunakan jarum yang sesuai ikan tongkol menjadi lumpuh dan mengurangkan sistem pernafasannya.Teknik ini digunakan dengan meluas di Jepun kerana ia penting bagi memastikan kesegaran ikan terpelihara untuk membuat hidangan yang cukup popular di negara itu yang dipanggil shashimi. Shashimi adalah makanan Jepun berasaskan ikan mentah yang di potong secara rapi dan nipis.Ia juga kebiasaannya dimakan bersama sushi ataupun kimbap. Oleh itu kesegaran amat dititik-beratkan dalam menghasilkan Shashimi yang lazat.Teknik ini bukan sahaja memberi kesegaran kepada hidangan ini malah menambah keenakkannya.


                                        

Kebiasaannya sebelum hidangan ini diperkenalkan Shashimi yang berkualiti hanya dapat dirasa oleh nelayan di atas bot namun dengan adanya teknik ini walaupun masyarakat pedalaman juga mampu mendapat keistimewaan ini.Walaupun begitu teknik ini hanya mampu menahan ikan daripada mati dalam anggaran 8 - 12 jam. Bukan sahaja tongkol malah beberapa lagi jenis ikan juga sesuai menggunakan teknik ini termasuk ikan air tawar iaitu kap.Menurut nelayan Jepun lagi kaedah ini apabila digandingkan dengan inovasi sains mampu meningkatkan lagi operasi penghantaran ikan dengan lebih efisyen dan ekonomi kerana ianya tidak memerlukan ais dan bahan kimia lain untuk memastikan kesegaran ikan.






Continue reading Kisah Benar : Tongkol mengganas 12 jam tanpa air

Sabtu, 27 Oktober 2012

, ,

12 Makanan Untuk Abs


Salam semua.Topik kali ini ingin berkongsi tentang 12 makanan yang mampu membentuk abs atau pun lebih dikenali sebagai six pack.Post kali adalah unisex kerana perempuan pun digalakan mengamalkan pemakanan yang special ni.
Untuk bina muscle atau otot abs anda perlu makan :
1. Kacang dan Badam (Makan kulitnya sekali)
Kehebatan
Membantu membina otot dan mengelakan pengambilan snek yang kurang sihat..
Penawar
Membantu melawan – Obesiti, sakit jantung, hilang otot,kedutan,barah dan tekanan darah tinggi.

2. Kekacang  jenis soya,red bean dan sewaktu dengannya

Kehebatan
Membantu membakar lemak untuk abs dan melancarkan pencernaan
Penawar
Membantu melawan – Obesiti, sakit jantung,barah dan tekanan darah tinggi
3. Bayam dan sayuran hijau
Kehebatan
Membaiki tisu selepas latihan abs dan meneutralkan radikal bebas
Penawar
Melawan – Barah,sakit jantung,stroke dan obesiti
4. Produk tenusu(Susu kurang lemak, yogurt and cheese)
Kehebatan
Membina tulang yang kuat dan mengurangkan lemak pada badan.
Penawar
Melawan - Obesiti,kanser dan tekanan darah tinggi
5. Oat segera (tanpa pewarna dan gula)

Kehebatan
Gula tidak digalakkan kerana oat membantu mengawal gula dalam darah dan menjadi peningkat tenaga serta membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.
Penawar
Melawan - sakit jantung,kencing manis,kanser perut dan obesiti
6. Telur
Kehebatan
Bina otot dan bakar lemak.
Penawar
Melawan Obesiti
7. Ayam belanda atau daging tanpa lemak
Kehebatan
Bina otot dan kuat sistem imunisasi
Penawar
Melawan - Obesiti dan pelbagai penyakit ringan
8. Mentega Kacang
Membakar lemak dan membina otot
Penawar
Melawan - Obesiti,hilang otot,kedutan dan penyakit kardiovaskular
9. Minyak Zaitun

Kehebatan
Kurangkan kolestrol dan menguatkan imunisasi badan
Penawar
Melawan - Sakit Jantung,Obesiti,Darah Tinggi dan Kanser
10. Bijiran dan Roti Gandum Penuh
Kehebatan
Mengelakan badan menyimpan lemak.
Penawar
Melawan - Sakit Jantung,Obesiti,Darah Tinggi dan Kanse
11. Serbuk Whey ( Ada dijual dikedai kesihatan)
Kehebatan
Bakar lemak dan bina otot.
Penawar
Melawan Obesiti.
12. Beri

Kehebatan
  • Lindungi jantung.
  • Terangkan Penglihatan
  • Bantu keseimbangan
  • Membantu otak
  • Meningkatan daya ingatan
  • Mengurangkan lapar
Penawar
Melawan - Sakit jantung,barah dan obesiti.
Thanks for reading.

Continue reading 12 Makanan Untuk Abs

Jumat, 26 Oktober 2012

, ,

9 Langkah Tingkatkan Daya Tahan Jantung

Salam semua.Jantung merupakan organ yang penting bagi badan.Mengawal peredaran darah,memberi nutrien dan oksigen kepada sel-sel badan yang lain serta memastikan darah membawa bahan-bahan kumuh dari sel ke organ-organ perkumuhan untuk disingkirkan.Di sini mydecrescendo ingin kongsikan bersama langkah-langkah untuk meningkatkan kesihatan jantung.Menurut Dr Michael F. Roizen jika langkah-langkah ini diikuti walaupun hanya 6 langkah yang pertama ia mampu mengurangkan risiko untuk menghadapi serangan jantung sebanyak hampir 90 % berbanding dengan mereka yang tidak.

1 Berjalan selama 30 minit setiap hari - Langkah pertama ini mesti dilakukan setiap hari.Saya ulang SETIAP HARI.Jika boleh jangan ponteng sehari pun walaupun hari Minggu kerana ia seperti 'memanaskan jantung' kita.Kalau dah sejuk nanti memang banyaklah masalah macam enjin kereta.

2.Pastikan tekanan darah 115/75 kebawah - Tekanan darah yang normal ini perlu dijadikan sebagai tali pengukur untuk menjaga kesihatan jantung.Pada sesiapa yang mempunyai tekanan yang lebih daripada nilai ini maka anda disarankan untuk mengurangkan berat badan sedikit.Jika lemak diturunkan maka makin mudahlah tekanan darah dikurangkan.Bagi yang mempunyai tekanan 140/90 kaedah ini tidak berguna lagi.Hanya rawatan darah tinggi sahaja yang sesuai.Ingat sebelum kena!

3.Makan satu oun atau segenggam kacang sehari - Kacang kaya dengan HDL dimana ia bertindak mengurangkan radang.Malah lemak omega 3 dari kacang memberi protein terbaik dan sedikit serat.Kacang terbaik adalah dari kacang segar,mentah dan belum disalut garam.Tapi ingat hanya segenggam sehari!

4.Tingkatkan HDL - Cara terbaik ialah makan dari makanan yang digoreng dengan minyak zaitun,atau Canola.Eksesais setiap hari dan minum minuman seperti Soya secawan setiap hari.

5. Ambil 10 sudu tomato sos setiap hari - Tomato kaya dengan potasium yang berperanan sebagai pereda tekanan darah.Masakan simple jer janji banyak kelebihan.

6. Floss gigi dan cuci mulut - Nampak macam takde kena-mengena tetapi sebenarnya kesihatan oral mempengaruhi kesihatan arteri.Jika gigi sakit maka risiko radang pada jantung akan meningkat.

7. Makan lemak tepu kurang dari 20 gram sehari dan kurangkan lemak tran sedaya yang boleh - Daging tenderloin terbaik kerana daging ini kurang lemak tepu LEBIH KURANG HANYA 0.3 %.Jika kita ambil 115 gram daging lembu.Paling banyak 4 gram lemak tepu.Untuk trans-fat banyak dalam makanan panggang.

8. Elakan makanan yang tersenarai Gula sebagai 5 Ramuan pertama produk - Ini kita perlu jaga.Kalau kalori tinggi perut pun akan mengalami masalah ; buncit , boroi dan sebagainya.

9. Makan 10 jenis buah dan sayur setiap hari - Ini memang terbukti berkesan.Selain kaya fiber dan juga anti-oksida ia mampu memberi jantung yang kuat kepada kita.Ingat Perbanyakan buah-buahan dan sayuran.
Continue reading 9 Langkah Tingkatkan Daya Tahan Jantung