Senin, 19 Agustus 2013

WANITA PEMBURU SYAHID

SAYA terkesan dengan kisah mujahidah ini. Sungguh, di sisi Allah dia mendapat tempatnya. Allah membenarkan janji-Nya. Saya kongsikan kenyataan daripada ayahanda Asmaa yang syahid pada 8 Syawal 1434 setelah ditembak empat das peluru di kepala. Asmaa ialah puteri pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Dia membenarkan janjinya dengan Tuhannya, maka Tuhannya membenarkan janji-Nya dengannya. Kita mengharapkan begitu tetapi kita tidak mensucikan sesiapa melebihi kesucian kepada Allah SWT. Puteriku yang cantik, Asmaa ummu Rahmah dan Yahya terpilih menjadi syahidah semalam dari peluru pembunuh tepat yang kejam, ditembak kepadanya sedangkan sepatutnya ditembak kepada Yahudi dan musuh-musuh Mesir.

Aku menjadi saksi Asmaa selalu mengharapkan syahid dan selalu berkata "Aku mahu pergi menuju Tuhanku." 

Asmaa pernah bermimpi selepas syahidnya mujahid Said Siyam (Menteri Hamas di Gaza), beliau berkata kepada Asmaa, "Mari bersamaku," lalu Asmaa mahu mengikuti beliau, tetapi dihalang oleh ibunya dan suaminya. Mereka berkata kepada Asmaa, "Bukan sekarang Asmaa, lain kali ..."

Asmaa sentiasa mengikati mengingati mimpinya itu sehinggalah ketika ini, dia berkata: "Inilah waktunya!"

Asmaa menidurkan kedua anaknya sebelum bergerak ke Medan Raba'ah pada malam hari. Aku berkata padanya, "Berpada-padalah turun ke medan. Kau masih ada anak-anak kecil yang memerlukanmu, anakku!"

Asmaa lantas membalas: "Adakah saya patut mensia-siakan peluang syahid semata-mata kerana anak-anak?"

Suaminya, Essam mengetahui bahawa Asmaa sangat mahukan syahid. Essam berkata, "Apabila aku terkena tembakan di kaki, aku turut membawanya ke hospital, dan aku tidak meninggalkannya walau seketika, kerana aku tahu Asmaa sangat rindukan syahadah. Sampai di tingkat 4 Hopsital Raba'ah, ketika aku dan Asmaa terduduk di lantai menunggu rawatan, Asmaa terkena tembakan di kepala dan syahid serta-merta."

Aku menyangka Asmaa berada berdekatan tingkap, yang memudahkannya terkena peluru yang ditembak ke arah hospital, tetapi Essam memberitahu bahawa di antara tingkap dan Asmaa terdapat tiga wanita yang sama-sama menunggu giliran mendapatkan rawatan.

Aku bertanya lagi, adakah peluru datang dari arah atas, Essam menjawab bahawa dia tidak tahu. Yang pasti, peluru itu memang khusus kepada Asmaa.

Semoga Allah merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas, dan tergolong dalam golongan yang diberikan syafaat di hari kiamat, dan semoga kami mengikuti jejak langkah Asmaa dan bersama para solihin.

Ya Allah, timpakanlah balasanMu kepada musuh-musuhMu dan mereka yang berlaku zalim dan melampaui batas.

Dr. Hisham Saqr.

Asmaa pemburu syahid
kau tidak kalah
tempatmu di sisi-Nya
kau inspirasi kami semua


semoga kami dikurniai jiwa
setabah kau yang memburu syahid
setabah kau yang menggegar pintu langit

0 komentar: